
MASA SEKARANG![]() MAKLUMANARKIB BLOG
SINGGAH SINI..SAYAP UMNO BAHAGIANBERITA POLITIKUMNO OnlineBLOG MENARIKLAGU TEMA 1MALAYSIAMUAT TURUN LAGU UMNO |

KONSEP 1MALAYSIA BERTUNJANG KEPADA PERLEMBAGAAN NEGARA | 9:02 PM |
Filed under:
|
Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebaik mengambil alih kepimpinan negara akan terus bertunjangkan kepada Perlembagaan Persekutuan.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa konsep itu yang memberi penekanan terhadap mengutamakan kehendak rakyat akan terus memperkasa setiap perkara tersurat dan tersirat yang terkandung di dalam Perlembagaan. Jaminan Perdana Menteri itu diberikan kepada Ibrahim dan 20 anggota Perkasa yang melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri di sini hari ini.
Ibrahim berkata jaminan oleh Perdana Menteri bersesuaian dengan kepentingan kerajaan untuk menjaga kepentingan kaum bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak. “Keadaan semakin jelas dan kekeliruan yang berlaku angkara tokok tambah oleh pihak-pihak tertentu berjaya diselesaikan dalam pertemuan hari ini dan Perkasa senang hati dengan penjelasan Perdana Menteri mengenai konsep 1Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas itu.

© UMNO SRI SELAYANG SATU
Blogmaster : Muhd Naim Bin Osman - 0193708876
Dirasmikan pada 14 Jun 2009
KEMASKINI TERAKHIR : 7 OGOS 2009
1 Maklumbalas:
nice blog..
Post a Comment