MASA SEKARANG

WARISAN


MAKLUMAN

JUMLAH PENGUNJUNG / ONLINE



SINGGAH SINI..

BERITA POLITIK

UMNO Online

LAGU TEMA 1MALAYSIA


FLYERS PROGRAM 1:47 PM

MELAYU BOLEH HILANG KUASA - HISHAMMUDIN 8:28 PM

Orang Melayu diingatkan kuasa mereka akan hilang selama-lamanya jika perpecahan yang berlaku sekarang dibiarkan berterusan. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau sangat bimbang dengan kelewatan orang Melayu untuk bangkit dan menyedari hakikat bahawa kuasa mereka boleh hilang bila-bila masa.

"Disebabkan terlalu lama berkuasa, kita (orang Melayu) tidak langsung berasa terancam meskipun hakikatnya kita kini telah berpecah. "Usah nanti apabila hilang segalanya, baru kita merasa ralat. Waktu itu, tiada apa gunanya lagi kerana segalanya sudah terlewat," katanya.

Beliau mengulas laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini mengenai kekecewaan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria terhadap gelagat sesetengah parti politik yang mendakwa parti Islam tetapi sanggup berkelahi dan memutuskan tali persaudaraan sesama Islam demi menegakkan ideologi politik. Sementara itu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, beliau yakin terdapat sebahagian besar ahli Pas ingin untuk melihat sekurang-kurangnya berlaku muzakarah di antara parti itu dan UMNO.

Beliau menambah, matlamat suci itu bagaimanapun diganggu dan disabotaj oleh mereka yang rakus kuasa serta tidak mempedulikan prinsip perjuangan. Menurutnya, perpaduan di kalangan orang Melayu terpadam apabila pemimpin Pas berjaya dihasut oleh pemimpin-pemimpin DAP.

"Sesetengah pemimpin Pas terutamanya kumpulan Erdogan termakan dengan hasutan DAP sehingga sanggup menjadi rakan kongsi kecil di dalam pakatan pembangkang sekali gus meranapkan impian untuk menyatupadukan Melayu," tegasnya.

9:49 AM

Pemimpin Tertinggi PR yang lain menolak konsep kerajaan perpaduan kerana takut dengan Anwar Ibrahim. Cuba anda lihat reaksi muka DSAI. Apa pendapat anda?? PAS juga dikatakan terpaksa tunduk pada tekanan PKR dan DAP.

VIDEO NIZAR BUAT KECOH DI PARLIMEN 3:06 PM

PERASMIAN PELANCARAN LAMAN BLOG CAWANGAN 7:31 PM



Dengan ini secara rasminya laman blog ini telah dilancarkan pada 14 Jun 2009 semasa Persidangan UMNO Cawangan Sri Selayang Satu dan dilancarkan oleh Y.Bhg Datuk Hj. Abd. Razak Bin KP Dawood Sultan, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kota Raja

PERSIDANGAN TAHUNAN CAWANGAN 6:56 PM







Persidangan hari ini telah bermula pada jam 3.30 petang bertempat di dewan mwsyuarat blok 36 dengan bermulanya mesyuarat wanita, puteri dan pemuda sebelum persidangan cawangan dijalankan. Kesemua mesyuarat komponen UMNO cawangan berjalan dengan lancar kerana kehadiran daripada ahli yang ramai. Selain itu berlangsung juga pelancaran laman blog cawangan yang dilancarkan oleh Y.Bhg Datuk Hj. Abd. Razak Bin KP Dawood Sultan, Ketua Penerangan UMNO Bahagian Kota Raja.

1MALAYSIA TIDAK KETEPI HAK MELAYU 1:09 PM

Najib Tun Razak bersalaman dengan Ibrahim Ali yang mengetuai delegasi Perkasa dalam pertemuan di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, semalam.

Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan pelaksanaan konsep 1Malaysia tidak akan mengetepikan hak-hak orang Melayu dan bumiputera seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, malah terus diperkasakan. Perkara itu dinyatakan oleh Perdana Menteri kepada delegasi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang melakukan kunjungan ke pejabatnya di sini hari ini. Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali berkata, walaupun bertanggungjawab kepada semua kaum, Najib tetap mahu agenda orang Melayu diberikan perhatian utama.

"Kita mengalu-alukan dan amat senang hati apabila Perdana Menteri menyebut konsep 1Malaysia tetap bertunjangkan kepada Perlembagaan Negara, ini asasnya. "Sebagai Perdana Menteri yang menunaikan kewajipan kepada semua kaum rakyat Malaysia, agenda Melayu tetap dekat di hatinya (Najib)," katanya.

SOKONG PERPADUAN, BONEKA UMNO - SOKONG PERPECAHAN, BONEKA SIAP?? 10:12 PM

Mursyidul Am Parti PAS, Nik Aziz Nik Mat kata siapa dalam PAS yang sokong kepada "idea Kerajaan Perpaduan" adalah merupakan boneka UMNO dalam PAS! Bila ditanyakan padanya bahawa "idea" itu ilhamkan oleh Presiden Parti PAS, dia tidak berani pula dengan jelas kata bahawa Hj.Hadi Awang itu boneka UMNO, sebaliknya mengatakan bahawa itu adalah "idea peribadi" Hj.Hadi Awang sahaja. Nik Aziz selanjutnya menegaskan bahawa Parti PAS tidak terbabit dengan cadangan "Kerajaan Perpaduan" kerana PAS komited dengan Pakatan 3 Sekawan PKR-DAP-PAS.

Selanjutnya...

PENGENALAN KEPADA 1MALAYSIA 9:07 PM

1Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat kita. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita.

Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan. Saya berharap agar laman web ini akan menjadi permulaan kepada satu dialog yang penting dan terbuka bagi menerokai identiti, tujuan dan hala tuju kita sebagai rakyat Malaysia.

Saya menggalakkan setiap orang daripada anda menyertai saya dalam memberikan takrifan kepada Malaysia kita dan peranan yang perlu kita mainkan untuk masa hadapannya. Setiap kita – di sebalik segala perbezaan kita – berkongsi impian untuk satu masa hadapan yang lebih baik. Setiap kita mahukan peluang, dihormati, persahabatan dan saling memahami.

KONSEP 1MALAYSIA BERTUNJANG KEPADA PERLEMBAGAAN NEGARA 9:02 PM

Konsep 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebaik mengambil alih kepimpinan negara akan terus bertunjangkan kepada Perlembagaan Persekutuan.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa konsep itu yang memberi penekanan terhadap mengutamakan kehendak rakyat akan terus memperkasa setiap perkara tersurat dan tersirat yang terkandung di dalam Perlembagaan. Jaminan Perdana Menteri itu diberikan kepada Ibrahim dan 20 anggota Perkasa yang melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri di sini hari ini.

Ibrahim berkata jaminan oleh Perdana Menteri bersesuaian dengan kepentingan kerajaan untuk menjaga kepentingan kaum bumiputera termasuk di Sabah dan Sarawak. “Keadaan semakin jelas dan kekeliruan yang berlaku angkara tokok tambah oleh pihak-pihak tertentu berjaya diselesaikan dalam pertemuan hari ini dan Perkasa senang hati dengan penjelasan Perdana Menteri mengenai konsep 1Malaysia,” katanya kepada pemberita selepas itu.

SELAMAT DATANG DAN SALAM PERPADUAN 8:13 PM

Selamat datang ke laman ini. Saya selaku blogmaster mengucapkan terima kasih kepada anda yang melayari laman ini.

Terima kasih.

KERAJAAN PERPADUAN BUKAN ANCAMAN 11:30 AM

Idea mewujudkan kerajaan perpaduan antara UMNO dan Pas tidak seharusnya dilihat sebagai satu bentuk ancaman kepada masyarakat bukan bumiputera. Sebaliknya cadangan tersebut perlu dilihat bakal memberi kebaikan kepada seluruh rakyat di negara ini. Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, selaku komuniti terbesar, perpaduan di kalangan orang Melayu mampu membawa kepada keamanan dan kesejahteraan di negara ini tanpa mengira kaum.

"Tanggapan kaum bukan bumiputera akan disisih sekiranya berlaku perpaduan di kalangan orang Melayu adalah tidak benar. Keuntungan daripadanya (kerajaan perpaduan) bukan sahaja bakal dinikmati orang Melayu, malah juga oleh bangsa-bangsa lain," jelasnya.

Sumber : Utusan Malaysia

Lain-lain artikel :

1. Nik Aziz bidas golongan pertahan cadangan Hadi

2. Hadi elak ulas kerajaan perpaduan.

JANGAN PERTIKAI KUASA AGONG DAN SULTAN 8:56 AM

Sebarang gerakan mempertikaikan kepentingan orang Melayu dan bumiputera bukan sahaja melanggar peruntukan asas Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri, malah turut mempertikaikan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu. Sultan Perak, Sultan Azlan Shah menegaskan, perkara yang termaktub dalam kedua-dua perlembagaan itu adalah persetujuan yang dicapai secara bersama ketika kemerdekaan negara sedang dirundingkan. Titah baginda, ia dicapai dalam semangat memberi dan menerima serta memahami dan menghormati di kalangan pemimpin yang mewakili kepentingan pelbagai kaum.

''Persetujuan tersebut telah dicapai di antara pemimpin pelbagai kaum, kerajaan Inggeris dan juga Raja-raja Melayu. ''Oleh itu, apa juga gerakan yang dicetuskan untuk mempertikaikan perkara ini, bukan sahaja melanggar peruntukan asas di dalam Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negeri malah mempertikaikan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong begitu juga kedaulatan Raja-Raja Melayu," titahnya.

Lagi...