MASA SEKARANG

WARISAN


MAKLUMAN

JUMLAH PENGUNJUNG / ONLINE



SINGGAH SINI..

BERITA POLITIK

UMNO Online

LAGU TEMA 1MALAYSIA


MELAYU JANGAN JADI BACUL 8:05 PM

APA yang dikehendaki oleh orang Cina, India dan Pas ketika ini ialah kuasa politik dan pentadbiran yang lebih besar. Bukannya keadilan dan demokrasi. Maka kerana itu, kuasa politik Melayu yang dipegang oleh UMNO sejak merdeka mestilah dihapuskan. Ini boleh dicapai apabila Pas dan Datuk Seri Anwar Ibrahim menyokong DAP.

Dimulai dengan imbas kembali beberapa tajuk besar muka depan Mingguan Malaysia dan Utusan Malaysia:

1. "Ketuanan Melayu Tercabar" - 13 April 2008.

2. "Henti Guris Melayu - Peringatan Sultan Azlan Shah kepada semua pihak" - 6 November 2008.

3. "Jangan Persoal - Ketuanan Melayu bukan jenaka yang boleh dipermainkan" - reaksi beberapa menteri kanan UMNO terhadap kenyataan Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek - 30 November 2008.

4. "Bangkitlah Melayu - Bersatu hadapi tuntutan kaum lain yang makin keterlaluan" - 15 April 2009.

5. "Peringatan Sultan Azlan - Tindakan cemar institusi raja seperti menyalakan api dalam sekam" - 20 April 2009.

6. "Jangan Melampau - Pakatan pembangkang didesak hentikan tuduhan terhadap SPRM" - 20 Julai 2009.

Banyak lagi seruan dan desakan - dalam bentuk berita, dan pelbagai bentuk tulisan yang sangat keras dan tajam. Semuanya merangsang bangsa Melayu bertindak mempertahankan maruah dan keutuhan bangsa. Orang Melayu dan Raja-Raja Melayu yang selama ini sangat bersabar dan sentiasa sangat berhati-hati menjaga hati orang Cina dan India, sudah tidak boleh tahan lagi.

Akan tetapi semua seruan dan amaran hanya tinggal dalam lipatan akhbar Utusan Malaysia sahaja. Orang Melayu tidak bangunbangun juga. Pertubuhan Melayu - yang lama dan baru - hanya sekadar mengeluarkan kenyataan marah-marah dan membuat laporan polis sahaja. GAPENA yang menganjurkan Kongres Perpaduan Melayu yang sangat besar dan penuh bersemanga pun, sampai sekarang tidak nampak sebarang tindakan.

Pemimpin UMNO, termasuk Pemuda pun sekadar mengeluarkan kenyataan dan amaran sahaja. Serangan dan penghinaan pembangkang dan aktivis politik Cina dan India terhadap Melayu semakin menjadi-jadi. Mereka sengaja menunjukkan keberanian dan tindakan kurang ajar. Cuma mereka belum berarak dan membuka butang seluar seperti sewaktu Tragedi 13 Mei.

Melayu kini sudah jadi bangsa yang takut bertindak. Sultan dan Raja Muda Perak telah melangkah tradisi diraja, tampil ke muka menyampaikan beberapa titah yang sangat berani, tegas dan terus terang. Memberi amaran kepada Melayu-Islam akan situasi politik kita yang sangat kritikal dan masa depan yang gelap. Sultan Selangor dan Tengku Mahkota Kelantan menyertai tindakan Sultan dan Raja Muda Perak itu.

Majlis Raja-Raja Melayu mengeluarkan "Kenyataan Akhbar Khas". Suatu amaran keras, yang belum pernah dibuat sebelum ini (Utusan Melayu, 17 Oktober 2008). Tetapi tiada apa-apa tindakan susulan. Maka kita pun jadi lupa.

Benarlah seperti peringatan Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam Perhimpunan Agung UMNO beberapa tahun lalu: "Orang Melayu mudah lupa".

BIR HALAL RONNIE LIU : TAHNIAH HASSAN ALI 5:57 PM

Pas selangor hari ini mendesak kerajaan negeri mengugurkan Ronnie Liu sebagai ahli Exco kerana banyak tindakan beliau menimbulkan masalah kepada orang ramai.

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Mohamed Ali berkata ahli Exco Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Negeri Selangor itu sering campur tangan urusan pihak berkuasa tempatan.

Katanya, antara tindakan Ronnie yang dipertikaikan ialah mengarahkan penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Majlis Perbandaran Subang jaya (MPSJ) memulangkan minuman keras yang dirampas daripada peniaga yang melanggar peraturan.

Petikan Berita

NIK AZIZ INGIN BERBAIK-BAIK 10:02 AM

Berubah juga Tuan Guru Nik Aziz ni... Satu kenyataan positif tuan guru dalam surat khabar hari ini yang menyatakan hasrat beliau untuk berbaik-baik dengan dengan kerajaan pusat serta melupakan sengketa politik.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein meminta Tuan guru Nik Aziz berpendirian lebih konsisten berhubung soal perpaduan di antara parti itu dengan Kerajaan Pusat yang diterajui UMNO. sikap konsisten itu penting kerana ia bukti keikhlasan untuk bersatu demi bangsa dan masa depan agama Islam.

Timbalan Presiden UMNO yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), bersyukur kerana Mursyidul Am Pas itu akhirnya menunjukkan sikap positif terhadap isu kerajaan perpaduan.

TOK GURU DAH KELUAR "FATWA" MAJLIS LILIN 7:29 PM

Tindakan bekas Menteri Besar, Mohammad Nizar Jamaluddin memegang lilin yang bernyala pada sidang akhbar memperingati kematian Beng Hock baru-baru ini menjadi isu panas. Dewan Ulama Pas yang diketuai Harun Taib dalam kenyataannya menyifatkan sebarang acara dan majlis menyalakan lilin meragukan dan Nizar sepatutnya tidak hadir.

Dalam hal ini, Dewan Ulama harus dipuji, mereka lebih meletakkan kepentingan agama mengatasi pertimbangan politik. Biarpun Nizar adalah ahli Pas, apa yang tidak kena, tetap ditegur.Ramai tokoh agama dan sarjana berpendapat perhimpunan lilin atas apa tujuan sekalipun termasuk memperingati kematian, dianggap syirik.

Bagaimanapun Mursyidul Am, Nik Aziz Nik Mat dan AJK Pas pusat, Husam Musa mempertahankan Nizar dengan menganggap perbuatan itu tidak salah. Menurut cakap-cakap politik di kalangan orang Pas, itu tidak mengejutkan kerana Tok Guru akan mencari apa sahaja kewajaran mempertahankan Nizar yang dilabel sebagai 'orang Nik Aziz'.

TIDAK ADIL TUDUH KERAJAAN SISIH KAUM INDIA 7:20 PM

KOTA BAHARU 24 Julai — Masyarakat India di Malaysia diminta lebih peka dan mengambil tahu mengenai setiap peluang yang disediakan kerajaan untuk membantu mereka, dan bukan hanya berpeluk tubuh dan menuduh mereka disisih kerajaan.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah berkata, amat tidak adil untuk menuduh mereka disisihkan kerajaan sedangkan pelbagai peluang dan bantuan sama rata termasuk dalam sektor ekonomi sudah disediakan.

“Kerajaan beri peluang sama rata kepada semua kaum tapi semua kena usahalah. Nak kata kerajaan bantu bumiputera saja, saya tengok di Manek Urai baru-baru ini ramai orang Melayu yang miskin,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Perniagaan Kecil, Agro Tani dan Francais di sini, hari ini.

Katanya, terbaru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan peruntukan RM15 juta untuk kaum India menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN), menjadi bukti kaum itu tidak pernah dipinggirkan.

“Saya dimaklumkan sebanyak RM9 juta daripada jumlah itu sudah diagihkan kepada kaum India. Baki RM6 juta lagi akan diagihkan dalam masa terdekat.

Peruntukan ini akan membantu masyarakat India buat apa-apa perniagaan dalam usaha tingkatkan ekonomi mereka,” katanya.

- BERNAMA